dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebauh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Sports Tournament: Mobile Legends

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 15 Disember 2019, Pusat Internet Sebauh telah mengadakan “E-Sports Tournament: Mobile Legends” dimana seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini iaitu penglibatan seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia dan pelajar. Team Rex Reborn Esports telah menjuarai pertandingan kali ini diikuti tempat kedua dimenangi oleh Team Kairos Gaming, tempat ketiga dimenangi oleh Team Fire Fire manakala tempat keempat dimenangi oleh Team Pika_Pi.

Pengisian program kali ini dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada golongan belia khususnya pelajar agar menggunakan internet atau ‘smartphones’ untuk aktiviti yang lebih berfaedah dan produktif, memandangkan “E-Sports” kini semakin mendapat perhatian dan sambutan di mata dunia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..